Sunday, December 13, 2009

BANGUN PAGI



Keharusan yang ditetapkan Islam bagi setiap muslim untuk bangun tidur dini hari merupakan bukti tentang besarnya perhatian agama itu kepada waktu.Islam mengkehendaki supaya setiap muslim memulai pekerjaan yang menjadi kewajipannyaang di pagi hari,dalam keadaan segar,riang dan bersemangat.Sifat tekad untuk memanfaatkan waktu mulai pagi hari dapat melahirkan hasrat yang kuat untuk tidak membuang masa secara percuma sepanjang hari.

Kenapa perlu pagi???

Tata kehidupan secara Islam telah menetapkan permulaan hari terhitung mulai fajar menyinsing.Oleh yang demikian,sebelum matahari terbit setiap muslim sudah bangun tidur kerana Islam tidak menyukai orang berjaga malam sehingga terlambat subuh dari waktunya.Permulaan hari yang terbaik setelah bangun dari tidur adalah dengan solat.Dan solat yang paling istimewa yang jarang-jarang kita laksanakan adalah solat sunat tahajjud.Maknanya,harus bangun sebelum subuh…=)

Keutamaan bangun pagi..

1-Ciri golongan bertaqwa.
“Sesungguhnya orang bertaqwa berada di dalam taman2 (syurga) dan mata air.Mereka mengambil apa yg diberikan Tuhan kpd mereka.Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang2 yang berbuat kebaikan.Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam.
Dan pada akhir malam (sebelum fajar), mereka memohon ampun (kepadaAllah)”. {Az-Zariyat:15-18}

2-Beroleh keberkatan.
Dlm sebuah hadith,Rasulullah mengucapkan doa antara lain seperti berikut:
“Ya Allah,berkatilah ummatku di saat mereka bangun pagi”. (Abu Daud)

Adalah 1 kerugian bg org yg membiasakan dirinya tidur hingga siang hari (dhuha).Mentari telah lama terbit,dia masih berselimut,kemudian setelah dia bangun,dia melihat org2 lain sudah sibuk mencari nafkah atau sdg berjerih payah mencari bekal akhirat.

3-Pembahagian rezeki.
Sebuah hadith dari Fatimah binti Muhammad mengatakan:
Pada suatu pg, Rasulullah s.a.w melewati di hadapanku dlm keadaan aku sdg berbaring.Sambil membangunkan aku dgn kaki baginda lalu berkata: “Hai anakku,bangun,saksikanlah rezeki Tuhanmu dan jgnlah engkau menjadi org yg lengah kerana Allah membahagikan rezeki kpd manusia di waktu fajar mulai menyinsing hingga matahari terbit”. (Al-Baihaqi)

4-Meningkatkan darjat di sisi Allah.
“Dan pd sebahagian mlm,sembahyang tahajudlah kamu sbg 1 ibadah tambahan bagimu.Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tmpt terpuji”. {Al-Israa:79}



5-Mendapat keampunan dan cinta Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Pada setiap mlm,Rabb kita turun ke langit dunia ketika bersisa sepertiga mlm yg akhir.Maka Allah berfirman: “Barangsiapa berdoa kpd KU,pasti akan Ku kabulkan, dan barangsiapa memohon pada Ku,pasti Ku beri,dan barangsiapa memohon ampun kpd Ku,pasti akan Ku ampuni”. (HR Malik,Bukhari,Muslim,Tirmidzi,dll)

Dlm buku Mahabbatullah (mencintai Allah),Imam Ibnu Qayyim menyatakan peringkat2 menuju wahana( perantaraan/medium) cinta Allah.Salah 1 caranya adalah menyendiri bersama Allah ketika Dia turun ke dunia.Itulah saat yg berharga bg seorg hamba utk mendekatkan diri pd Nya dgn melaksanakan solat mlm agar mndptkan cinta Allah.Kata Imam Nawawi, “Pada hadith itu menunjukkan,berpanjangan waktu rahmat dan belas yg sempurna drpd Allah s.w.t sehingga cerah fajar”.

6-Ibadah ahli syurga.
Firman Allah dlm As-Sajjadah:16 yg bermaksud:
“Lambung mereka jauh dari tmpt tidurnya dan mereka berdoa kpd Tuhan mereka dgn rasa takut dan mengharap.Bahkan mereka menafkahkan sebahagian drpd rezeki yg Kami berikan kpd mereka”.

“Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam,berjamulah makan,hubungkanlah silaturrahim,dan kerjakanlah sembahyang waktu malam di kala manusia sdg tidur,nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamat”. (HR Tirmidzi)



7-Keteladanan Salafussoleh.
Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat mlm,dilanjutkan dgn solat subuh dan kemudian dilanjutkan dgn solat dhuha,setelah itu barulah beliau melakukan aktiviti2 yg lain.Lalu beliau berkata,”jika hal ini aku tidak lakukan,maka sungguh sgt berat”.
Dari Ibnu Mas’ud r.a. katanya,”Ada seorng lelaki yg disebut2 di sisi Nabi s.a.w iaitu bahawa org tersebut tidur di waktu mlm smpai ke pg-yakni tidak bangun utk bersolat mlm,lalu baginda bersabda,”Orang itu sudah dikencingi syaitan dlm kedua2 telinganya” atau baginda s.a.w bersabda,”di telinganya”. (Muttafaqun ‘alaih)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya,”Rasulullah s.a.w bersabda: “Syaitan itu memberikan ikatan pd hujung kepala sebanyak 3 ikatan,jikalau manusia itu tidur.Ia membuat ketentuan pd setiap ikatan itu dgn kata2 yg berbunyi,”engkau memperoleh mlm yg panjang,maka tidurlah terus!” Jikalau manusia itu bangun lalu berzikir pd Allah maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya,selanjutnya jikalau dia terus berwudhuk,lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya jikalau dia bersolat,maka terurailah ikatan seluruhnya sehingga di awal pagi dia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira.Tetapi jikalau tidak sebagaimana disebutkan di atas,maka dia di awal pg menjadi org yg berhati buruk serta pemalas”. (Muttafaqun ‘alaih)


Petua Tidur Rasulullah s.a.w


1-Sebelum dan selepas tidur baca doa.
2-Jangan tidur menghadapkan kaki ke arah kiblat
3-Membaca tasbih Subhanallah 33x,Alhamdulillah 33x,Allahuakbar 33x.
4-Membaca 4 Qul dan tiup ke seluruh badan.
5-Niat utk bangun tahajjud
6-Ambil wudhu sebelum tidur dan solat taubat 2 rakaat.
7-Maafkan kesalahan manusia pd kita dan halalkan semua hutang-piutang sebelum tidur.
8-Tidur cara Rasulullah s.a.w dgn mengiring bdn ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


Bagaimana mudah untuk bangun pagi???

1-Makan mlm yg sedikit sekadar mengalas perut supaya tidak lapar.
2-Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.
3-Meningkatkan rasa cinta kpd Allah,rasa cinta yg sebenar2nya.


Istiqamah dlm beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yg Allah berikan kpd kekasih2 Nya.Bersihkanlah diri dan hati drpd unsur2 syirik,baik yg nyata atau yg tersembunyi,dan peliharalah ibadah yg sblumnya,sesungguhnya seseorg yg berat beban dosanya dr amalan yg dilakukan sblm tidurnya itu pasti memberatkannya utk bangkit berkhalwah dgn Allah yg Maha Suci di mlm hari.
Wallahu’alam…

2 comments:

  1. salam.
    minta izin nk copy content bgun subuh nie..
    byk mmbantu utk igtkan diri..

    ReplyDelete