Sunday, December 13, 2009

BANGUN PAGI



Keharusan yang ditetapkan Islam bagi setiap muslim untuk bangun tidur dini hari merupakan bukti tentang besarnya perhatian agama itu kepada waktu.Islam mengkehendaki supaya setiap muslim memulai pekerjaan yang menjadi kewajipannyaang di pagi hari,dalam keadaan segar,riang dan bersemangat.Sifat tekad untuk memanfaatkan waktu mulai pagi hari dapat melahirkan hasrat yang kuat untuk tidak membuang masa secara percuma sepanjang hari.

Kenapa perlu pagi???

Tata kehidupan secara Islam telah menetapkan permulaan hari terhitung mulai fajar menyinsing.Oleh yang demikian,sebelum matahari terbit setiap muslim sudah bangun tidur kerana Islam tidak menyukai orang berjaga malam sehingga terlambat subuh dari waktunya.Permulaan hari yang terbaik setelah bangun dari tidur adalah dengan solat.Dan solat yang paling istimewa yang jarang-jarang kita laksanakan adalah solat sunat tahajjud.Maknanya,harus bangun sebelum subuh…=)

Keutamaan bangun pagi..

1-Ciri golongan bertaqwa.
“Sesungguhnya orang bertaqwa berada di dalam taman2 (syurga) dan mata air.Mereka mengambil apa yg diberikan Tuhan kpd mereka.Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang2 yang berbuat kebaikan.Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam.
Dan pada akhir malam (sebelum fajar), mereka memohon ampun (kepadaAllah)”. {Az-Zariyat:15-18}

2-Beroleh keberkatan.
Dlm sebuah hadith,Rasulullah mengucapkan doa antara lain seperti berikut:
“Ya Allah,berkatilah ummatku di saat mereka bangun pagi”. (Abu Daud)

Adalah 1 kerugian bg org yg membiasakan dirinya tidur hingga siang hari (dhuha).Mentari telah lama terbit,dia masih berselimut,kemudian setelah dia bangun,dia melihat org2 lain sudah sibuk mencari nafkah atau sdg berjerih payah mencari bekal akhirat.

3-Pembahagian rezeki.
Sebuah hadith dari Fatimah binti Muhammad mengatakan:
Pada suatu pg, Rasulullah s.a.w melewati di hadapanku dlm keadaan aku sdg berbaring.Sambil membangunkan aku dgn kaki baginda lalu berkata: “Hai anakku,bangun,saksikanlah rezeki Tuhanmu dan jgnlah engkau menjadi org yg lengah kerana Allah membahagikan rezeki kpd manusia di waktu fajar mulai menyinsing hingga matahari terbit”. (Al-Baihaqi)

4-Meningkatkan darjat di sisi Allah.
“Dan pd sebahagian mlm,sembahyang tahajudlah kamu sbg 1 ibadah tambahan bagimu.Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tmpt terpuji”. {Al-Israa:79}



5-Mendapat keampunan dan cinta Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Pada setiap mlm,Rabb kita turun ke langit dunia ketika bersisa sepertiga mlm yg akhir.Maka Allah berfirman: “Barangsiapa berdoa kpd KU,pasti akan Ku kabulkan, dan barangsiapa memohon pada Ku,pasti Ku beri,dan barangsiapa memohon ampun kpd Ku,pasti akan Ku ampuni”. (HR Malik,Bukhari,Muslim,Tirmidzi,dll)

Dlm buku Mahabbatullah (mencintai Allah),Imam Ibnu Qayyim menyatakan peringkat2 menuju wahana( perantaraan/medium) cinta Allah.Salah 1 caranya adalah menyendiri bersama Allah ketika Dia turun ke dunia.Itulah saat yg berharga bg seorg hamba utk mendekatkan diri pd Nya dgn melaksanakan solat mlm agar mndptkan cinta Allah.Kata Imam Nawawi, “Pada hadith itu menunjukkan,berpanjangan waktu rahmat dan belas yg sempurna drpd Allah s.w.t sehingga cerah fajar”.

6-Ibadah ahli syurga.
Firman Allah dlm As-Sajjadah:16 yg bermaksud:
“Lambung mereka jauh dari tmpt tidurnya dan mereka berdoa kpd Tuhan mereka dgn rasa takut dan mengharap.Bahkan mereka menafkahkan sebahagian drpd rezeki yg Kami berikan kpd mereka”.

“Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam,berjamulah makan,hubungkanlah silaturrahim,dan kerjakanlah sembahyang waktu malam di kala manusia sdg tidur,nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamat”. (HR Tirmidzi)



7-Keteladanan Salafussoleh.
Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat mlm,dilanjutkan dgn solat subuh dan kemudian dilanjutkan dgn solat dhuha,setelah itu barulah beliau melakukan aktiviti2 yg lain.Lalu beliau berkata,”jika hal ini aku tidak lakukan,maka sungguh sgt berat”.
Dari Ibnu Mas’ud r.a. katanya,”Ada seorng lelaki yg disebut2 di sisi Nabi s.a.w iaitu bahawa org tersebut tidur di waktu mlm smpai ke pg-yakni tidak bangun utk bersolat mlm,lalu baginda bersabda,”Orang itu sudah dikencingi syaitan dlm kedua2 telinganya” atau baginda s.a.w bersabda,”di telinganya”. (Muttafaqun ‘alaih)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya,”Rasulullah s.a.w bersabda: “Syaitan itu memberikan ikatan pd hujung kepala sebanyak 3 ikatan,jikalau manusia itu tidur.Ia membuat ketentuan pd setiap ikatan itu dgn kata2 yg berbunyi,”engkau memperoleh mlm yg panjang,maka tidurlah terus!” Jikalau manusia itu bangun lalu berzikir pd Allah maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya,selanjutnya jikalau dia terus berwudhuk,lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya jikalau dia bersolat,maka terurailah ikatan seluruhnya sehingga di awal pagi dia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira.Tetapi jikalau tidak sebagaimana disebutkan di atas,maka dia di awal pg menjadi org yg berhati buruk serta pemalas”. (Muttafaqun ‘alaih)


Petua Tidur Rasulullah s.a.w


1-Sebelum dan selepas tidur baca doa.
2-Jangan tidur menghadapkan kaki ke arah kiblat
3-Membaca tasbih Subhanallah 33x,Alhamdulillah 33x,Allahuakbar 33x.
4-Membaca 4 Qul dan tiup ke seluruh badan.
5-Niat utk bangun tahajjud
6-Ambil wudhu sebelum tidur dan solat taubat 2 rakaat.
7-Maafkan kesalahan manusia pd kita dan halalkan semua hutang-piutang sebelum tidur.
8-Tidur cara Rasulullah s.a.w dgn mengiring bdn ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


Bagaimana mudah untuk bangun pagi???

1-Makan mlm yg sedikit sekadar mengalas perut supaya tidak lapar.
2-Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.
3-Meningkatkan rasa cinta kpd Allah,rasa cinta yg sebenar2nya.


Istiqamah dlm beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yg Allah berikan kpd kekasih2 Nya.Bersihkanlah diri dan hati drpd unsur2 syirik,baik yg nyata atau yg tersembunyi,dan peliharalah ibadah yg sblumnya,sesungguhnya seseorg yg berat beban dosanya dr amalan yg dilakukan sblm tidurnya itu pasti memberatkannya utk bangkit berkhalwah dgn Allah yg Maha Suci di mlm hari.
Wallahu’alam…

Wednesday, December 9, 2009

TIGA PERTANYAAN

Ada seorg pemuda yg sudah lama menuntut di Amerika telah kembali ke Tanah air.Sesampainya di rumah ia meminta kpd org tuanya utk mencari seorg guru agama,kiyai atau sesiapapun yg mampu menjawab 3 pertanyaannya.Akhirnya,org tua pemuda itu mendapatkan org tersebut.

Pemuda:Anda siapa? Dan apakah mampu menjawab pertanyaan
Saya?
Kiyai :Saya hamba Allah dan dgn izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.
Pemuda:Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai org pintar yg
tidak mampu menjawab pertanyaan saya ini.
Kiyai :Saya akan mencuba sejauh mana kemampuan saya.
Pemuda:Saya mempunyai 3 buah pertanyaan.
1- Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujudnya Tuhan kpd
saya.
2- Apakah yg dinamakan takdir?
3- Kalau syaitan diciptakan dari api,kenapa ia dimasukkan ke neraka yg
dibuat dari api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan kerana mereka memiliki
unsur yg sama.Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba2,Kiyai tersebut menampar pipi si pemuda itu dgn keras.
Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah kpd saya ?

Kiyai :Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
buah pertanyaan yg anda ajukan kpd saya.
Pemuda:Saya sungguh2 tidak mengerti.
Kiyai :Bagaimana rasa tamparan saya td?
Pemuda:Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda:Ya.
Kiyai :Tunjukkan pd saya wujud sakit itu!
Pemuda :Saya tidak boleh!
Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama: kita semua merasakan
Keberadaan Tuhan tanpa mampu melihat wujudNya.
Kiyai :Apakah mlm td anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda:Tidak.
Kiyai :Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah
tamparan dari saya hari ini?
Pemuda:Tidak.
Kiyai :Itulah yg dinamakan takdir.
Kiyai :Dibuat dari apa tangan yg saya gunakan utk menampar
anda ?
Pemuda:Kulit.
Kiyai :Dibuat dari apa pipi anda ?
Pemuda:Kulit.
Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya td ?
Pemuda:Sakit.
Kiyai :Walaupun syaitan terbuat dari api dan neraka terbuat dari api,
Jika Tuhan berkehendak,maka neraka akan menjadi tempat
menyakitkan utk syaitan.


RENUGKANLAH…

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan menjelma kembali


tidak sempat jgk aku hndk b'puasa b'sama keluarga aku yg dicintai pd thn ini..
sma spt thn lepas.
mntk mf ibu,mntk mf ayah..
tak dpt nk smbut 1 ramadhan bersma kalian semua..
anakmu ini mempunyai tanggungjwb yg perlu dilaksanakn..
hrpn anakmu ini,agr kta semua mndpt barakah di dalam ramadhan kareem ini.. insyallah..aminn..

Monday, June 22, 2009

dakwah



DAKWAH IS A DUTY


Most muslim know that islam is a universal religion,meant for all mankind.Allah swt is the Lord of the entire Universe,and muslims have been entrusted with the duty of conveying His message to all mankind.Alas become callous towards this duty! While accepting Islam as the best way of life for ourselves,most of us are unwilling to share this knowledge with those to whom the message has not yet been conveyed. The Arabic word da’wah means a call or an invitation.In Islamic context,it means to strive for the propagation of Islam. The Glorious Quran says: “Ah! Who is more unjust than those who conceal the testimony they have from Allah?But Allah is not unmindful of what you do!”

[Al Quran 2:14)]

TINTA IBU

TINTA IBU BUAT PUTERIKU..


Wahai puteriku,aku ini adalah seorang ibu yg sdg berjln menuju usia yg semakin tua.Aku juga pernah muda spt kamu semua suatu ketika dulu.Tapi kini segala2nya telah aku tinggalkan sbg kenangan,impian dan lamunan yg penuh dgn dugaan & ujian dunia.

Bacalah,wahai anak2ku,tinta ini sehingga ke noktah terakhir kerana apa yg aku tulis di sini adalah sesuatu yg hak,yg kamu semua perlu tahu. Rugilah seandainya kamu tidak membacanya. Kamu akan menyesal nanti.

Tahukah kamu apa penyebab kemungkaran & maksiat terus berleluasa tanpa mampu dibendung lagi? Sebabnya sampai hari ini kita masih tidak bertemu pintu ke arah kebaikan & kita tidak tahu di mana jalannya.

Wahai puteriku
Memang benar katamu,puteriku,bahawa kaum lelakilah yg mengajakmu ke jln dosa,bukan kau.Tetapi lupakah kau bahawa tanpa kerelaanmu & sikapmu yg menggoda,mereka tdak akan dtg melangkah kearahmu?? Kaulah yg membuka peluang kpd mreka utk masuk ke KAWASAN LARANGANMU. Jadi,jawablah puteriku,siapa yg salah?? Kau @ dia??

Lelaki mahukan sesuatu yg paling berharga drpdmu,harga diri & kehormatanmu.
Dan,tahukah kau,wahai puteriku.nasib seorg gadis yg direnggut kehormatannya lbh menyedihkan drpd nasib seekor rusa yg dimkn harimau.Kau akan diburu penyesalan yg tidak berakhir,tidak berpenghujung.

Apa sudahnya,wahai puteriku,seandainya kau leka & membiarkan dirimu masuk ke perangkap lelaki tersebut.Oh Tuhan!!!

Kalian berdua,bersama2 hanyut dibawa arus dosa,menikmati kelazatan yg hanya sebentar dirasakan.Sesudah itu dia meninggalkanmu.Dan kau…?? Kau akan merasakan kepahitan drpd pertemuan yg sebentar itu,utk slama2nya.

Wahai puteriku,lelaki yg baik & soleh akan dtg kpdmu dgn segala kerendahan hati,memohon maaf, menawarkan perhubungan yg halal & terhormat.Mereka dtg utk meminang & mengahwinimu.

Mereka tidak akan mengajakmu utk keluar berfoya2 tanpa tujuan. Berdating berdua2an adalah dilarang oleh agama kerana bila berdua pasti yg 1 lagi adalh syaitan,menemanimu.

Puteriku sayang, jadikanlah Al_Quran & sunnah sbg pedoman setiap kali kau mempunyai masalah. Carilah sahabat yg baik, yg dpt memberi teguran bila kita membuat kesilapan & bukan sahabat yg jauh drpd hidayah Allah SWT.. Berusahalah utk mendekatkan diri kpd Allah wpun jlnnya pahit kau rasakan. Bertaubatlah dgn taubat yg sebenar2nya iaitu taubat nasuha. Sujudlah kepada Allah & turuti segala perintah-Nya. Yakinlah, puteriku sayang,hanya dgn mengingati Allah,hati2 akan menjadi tenang.

Puteriku,jagalah auratmu. Jangan benarkan pemuda nakal melihat keistimewaan dirimu walau sedikit pun. Sayangilah diri bermakna kita menjaga diri kita dgn baik, bukan kita biarkan org lain menikmatinya dgn sewenang2nya.

Buat puteriku yg selamat drpd godaan nafsu syaitan,yg msih teguh keimananmu kpd Allah,jadilah pembimbing kpd sahabat2mu yg memerlukan.Anda sgt bertuah,sayang. Tapi kau punya tanggungjawab yg perlu kau lakukan utk menegakkan kebenaran di muka bumi ini. Jadilah Al_Quran & sunnah sbg panduan jln dakwahmu.

Apa yg ibumu tulis di sini adalah ditujukan kpd remaja puteri. Pemuda yg tidak baik pasti mengaggap semua ini sbg isu yg tidak perlu diambil berat kerana semua yg mereka inginkan diharamkan oleh Allah.

Puteriku,sembahlah Tuhanmu 5x sehari semalam kerana hanya dgn itu dpt mencegah dirimu drpd membuat dosa. Ingat,sayang,dgn wudukmu segala dosa kecilmu akan terhapus. Dan berdoalah kpd Allah agar setiap tingkah lakumu sentiasa dlm redha Allah.Berdoalah setiap detik waktu kerana itulah senjata yg paling berharga buat orang mukmin.

Sekian tinta ibu untuk puteri2 ibu semua..



sahabat

BUATMU SAHABAT

Jika engkau berbuat bakti kepadanya,ia akan melindungimu.
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,dia akan membalas baik persahabatanmu itu.


Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.


Jika engkau menghulurkan sesuatu kabaikan kepadanya,ia akan menerima dengan baik.


Jika ia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.


Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,ia akan menutupinya.
Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,ia akan mengusahakannya.


Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta),ia akan menanyakan kesusahanmu.


Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu,ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahanmu).


Jika engkau berkata kepadanya,nescaya ia akan membenarkanmu.

Jika engkau merancangkan sesuatu,nescaya ia akan membantumu.


Jika kamu berdua berselisih faham,nescaya ia lebih senang mengalah menjaga kepentingan persahabatan.

“KAWAN KETAWA SENANG DICARI TETAPI KAWAN MENANGIS SUKAR UNTUK DICARI……..”