Showing posts with label fikir sejenak. Show all posts
Showing posts with label fikir sejenak. Show all posts

Wednesday, December 9, 2009

TIGA PERTANYAAN

Ada seorg pemuda yg sudah lama menuntut di Amerika telah kembali ke Tanah air.Sesampainya di rumah ia meminta kpd org tuanya utk mencari seorg guru agama,kiyai atau sesiapapun yg mampu menjawab 3 pertanyaannya.Akhirnya,org tua pemuda itu mendapatkan org tersebut.

Pemuda:Anda siapa? Dan apakah mampu menjawab pertanyaan
Saya?
Kiyai :Saya hamba Allah dan dgn izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.
Pemuda:Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai org pintar yg
tidak mampu menjawab pertanyaan saya ini.
Kiyai :Saya akan mencuba sejauh mana kemampuan saya.
Pemuda:Saya mempunyai 3 buah pertanyaan.
1- Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujudnya Tuhan kpd
saya.
2- Apakah yg dinamakan takdir?
3- Kalau syaitan diciptakan dari api,kenapa ia dimasukkan ke neraka yg
dibuat dari api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan kerana mereka memiliki
unsur yg sama.Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba2,Kiyai tersebut menampar pipi si pemuda itu dgn keras.
Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah kpd saya ?

Kiyai :Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
buah pertanyaan yg anda ajukan kpd saya.
Pemuda:Saya sungguh2 tidak mengerti.
Kiyai :Bagaimana rasa tamparan saya td?
Pemuda:Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda:Ya.
Kiyai :Tunjukkan pd saya wujud sakit itu!
Pemuda :Saya tidak boleh!
Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama: kita semua merasakan
Keberadaan Tuhan tanpa mampu melihat wujudNya.
Kiyai :Apakah mlm td anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda:Tidak.
Kiyai :Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah
tamparan dari saya hari ini?
Pemuda:Tidak.
Kiyai :Itulah yg dinamakan takdir.
Kiyai :Dibuat dari apa tangan yg saya gunakan utk menampar
anda ?
Pemuda:Kulit.
Kiyai :Dibuat dari apa pipi anda ?
Pemuda:Kulit.
Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya td ?
Pemuda:Sakit.
Kiyai :Walaupun syaitan terbuat dari api dan neraka terbuat dari api,
Jika Tuhan berkehendak,maka neraka akan menjadi tempat
menyakitkan utk syaitan.


RENUGKANLAH…

Saturday, November 22, 2008

panggilan bumi

10 panggilan bumi

Bismillahirrahmanirrahim

BAhawasanya bumi ini setiap hari memanggil insan dengan 10 panggilan:-
1. wahai anak adam, kamu berjalan di atasku akhirnya kamu akan kembali ke dalam perutku.
2. kamu melakukan maksiat di atas belakangku, nanti kamu akan diseksa di dalam perutku.
3. kamu bergurau di atas belakangku, nanti kamu akan diseksa di dalam perutku
4. kamu memakan makanan yang haram di atas perutku, nanti mayat kamu akan dimakan oleh ulat di dalamnya nanti.
5. kamu bergembira di atas belakangku, nanti kamu akan merasa susah di dalam perutku.
6. kamu sombong dalam kehidupanmu di atas belakangku, tetapi kamu akan hina di dalam perutku.
7. kamu berjalan di dalam cahaya di atas belakangku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan di dalam perutku.
8. kamu mengumpul barang yang haram di atas pundakku, tetapi kamu akan hancur di dalam perutku.
9. kamu berjalan dengan sukaria di dalam kehidupan duniamu, tetapi kamu akan jatuh kesedihan di dalam perutku.
10. kamu berjalan untuk berjemaah di atas belakangku, akan tetapi kamu akan bersendirian di dalam perutku."