Monday, June 22, 2009

sahabat

BUATMU SAHABAT

Jika engkau berbuat bakti kepadanya,ia akan melindungimu.
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,dia akan membalas baik persahabatanmu itu.


Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.


Jika engkau menghulurkan sesuatu kabaikan kepadanya,ia akan menerima dengan baik.


Jika ia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripadamu,ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.


Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,ia akan menutupinya.
Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya,ia akan mengusahakannya.


Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta),ia akan menanyakan kesusahanmu.


Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu,ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahanmu).


Jika engkau berkata kepadanya,nescaya ia akan membenarkanmu.

Jika engkau merancangkan sesuatu,nescaya ia akan membantumu.


Jika kamu berdua berselisih faham,nescaya ia lebih senang mengalah menjaga kepentingan persahabatan.

“KAWAN KETAWA SENANG DICARI TETAPI KAWAN MENANGIS SUKAR UNTUK DICARI……..”



No comments: